Sunday, June 21, 2020

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat?




Pengurusan keselamatan di sekolah perlu dijalankan dengan tersusun dan terbaik supaya dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat kepada semua pihak termasuk pelajar guru dan kakitangan sekolah. Definisi sekolah selamat adalah persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar. Terdapat beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan kondusif. Antaranya ialah:

Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Alat kawalan kebakaran adalah sangat penting jika berlaku kebakaran kecil di kawasan sekolah. Pihak sekolah haruslah mendidik warga sekolah cara-cara menggunakan alat kawalan kebakaran supaya dapat bersedia apabila kecemasan berlaku.

Gambar 1: Jenis-jenis alat pemadam api.

Pihak sekolah perlu meningkatkan kawalan keselamatan. Kawalan keselamatan pelajar khususnya di pintu pagar ketika pelajar datang dan pulang dari sekolah perlulah di jaga rapi oleh pengawal keselamatan. Pondok pengawal keselamatan mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan kejadian yang tidak diigini kepada pihak yang bertugas. Dnegan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus dapat menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki sekolah mahupun semasa balik dari sekolah.

Gambar 2: Pengawal keselamatan mengawal pintu pagar sekolah

Pihak pentadbir sekolah menyediakan pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan kebakaran haruslah dijalankan untuk melatih dan mempersiapkan murid dan warga sekolah untuk menghadapi kecemasan masa akan datang. Cara ini dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan warga sekolah. 


                                            PELAN KECEMASAN
Gambar 3: Contoh pelan kebakaran 

Pihak berkuasa patut mempamerkan tanda amaran bahaya di kawasan yang merbahaya seperti tapak pembinaan di kawasan sekolah, bahan berbahaya di dalam makmal, kawasan voltan tinggi dan sebagainya. Tanda amaran bahaya ini merupakan salah satu cara komunikasi antara staf, pelajar dan pelawat mengenai kawasan berisiko atau bahan berbahaya. Tanda amaran ini haruslah mudah dibaca dan difahami supaya dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut.


                                       
Gambar 4: Tanda-tanda bahaya

Selain itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus dipertingkatkan oleh pihak yang bertangungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar. Penyediaan lintasan zebra juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas jalan ke sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang papan tanda isyarat “Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah”. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan kelajuan di kawasan sekolah. Apabila langkah diatas diambil, murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan dapat dikurangkan.


                                            
Gambar 5: Pengawal keselamatan mengawal lalu lintas ketika pelajar datang ke sekolah.

                                          
Gambar 6: Papan tanda lalu lintas berdekatan sekolah.














Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat?

Pengurusan keselamatan di sekolah perlu dijalankan dengan tersusun dan terbaik supaya dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang selam...